Pati HerbaMadu: April 2015

Monday 20 April 2015

Resepi Jantung Sihat

Pati HerbaMadu - Resipi jantung Sihat
Petikan Dari Majalah iSihat Keluaran Mei 2015.

Umur subsidi yang dipinjamkan oleh tuhan amat disyukuri Ishak Mohd, 73 kerana masih dapat bersama isteri, anak-anak dan cucu. Cuma, keadaan kesihatan seperti asma dan sakit dada mengganggu kualiti hidupnya kerana terpaksa di masukkan ke hospital hampir setiap bulan.

Paling tragis, ketika segala persediaan ke tanah suci telah dibuat, dia mendapat serangan jantung dan terlantar di Hospital selama enam hari . Menurut pakar yang merawat, ada tiga saluran jantung tersumbat dan pembedahan agak sukar dilakukan memandangkan keadaannya lemah dan dia hanya mempunyai satu buah pinggang. Rasa sedih bukan kepalang dan mulai saat itu dia bertekad untuk mencari rawatan altenatif.

Serangan pertama pada bulan Julai 2013 dan kesakitan yang dialami membuatkan saya fikir akan mati. Rawatan sukar di jalankan memandangkan saya mempunyai masalah urat jantung sempit dan saya hanya bergantung pada ubat-ubatan.

Selepas 13 bulan, datang pula serangan ke dua dan saya sedar ia semua terjadi kerana kelalaian saya menjaga kesihatan hingga bacaan kolesterol mencatat bacaan yang tinggi.

Kini saya masih mengambil ubat-ubatan yang di bekalkan oleh pihak hospital namun kesihatan bertambah baik selepas mengamalkan pengambilan Pati HerbaMadu sebanyak dua kali sehari iaitu pagi dan malam.

Paling ketara saya tidak lagi kerap di masukkan ke hospital seperti sebelum ini kerana penyakit batuk, semput dan sakit dada. Tubuh pula terasa lebih bertenaga seperti muda-muda dahulu dan bacaan kolesterol mencatatkan bacaan yang baik.

Saya yakin ramuan campuran madu, lemon, cuka epal, bawang putih dan halia boleh membantu meningkatkan kesihatan kerana ia sudah lama diamalkan oleh masyarakat dahulu dalam merawat perbagai masalah. Untuk menyediakan sendiri agak sukar namun dengan pengambilan Pati HerbaMadu semuanya jadi mudah. Paling penting saya rasa selamat kerana ia tidak mempunyai pewarna dan pengawet tiruan, ujar pesara kerajaan ini.